BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, August 11, 2009

Jentera Pemuda PAS siap sedia ke Permatang Pasir


KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang akan diadakan 25 Ogos ini seperti yang diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi semalam.

Timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dalam kenyataan Dewan tersebut Sabtu lalu berkata, Pemuda akan menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan PAS dapat mempertahankan kerusi berkenaan.
"Pemuda Pusat hari ini membuat ketetapan bahawa kami akan cuba sedaya upaya mempertahankan kerusi yang disandang PAS sejak tiga penggal yang lepas," ujarnya yang turut menyarankan agar program-program yang telah dirancang dan terancang dapat dilaksana serta dimanfaatkan sepenuhnya bagi merealisasikan kemenangan PAS.


Sebagai sayap utama PAS, jentera Pilihanraya Dewan Pemuda daripada semua peringkat katanya, akan dikerah ke Permatang Pasir bagi memastikan dan membantu kelancaran secara lebih bersistematik pada pilihanraya tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya. Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ memberitahu, "jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan".


Manakala Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) turut sama akan mengerahkan sekurang-kurangnya 500 pemuda Pas seluruh Terengganu untuk bertugas di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir bermula 17(Penamaan calon) hingga 25 Ogos 2009(Hari pengundian) nanti, ujar Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

"Program Santai Bersama Bloggers"- Lajnah Penerangan PAS Perak


KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Ada yang memberi alasan bahawa mereka yang membaca internet hanyalah di kawasan tertentu saja bukanlah di seluruh negara. Tidak kurang juga yang mempersoalkan, Mengapa pula kesan media baru kepada keputusan PRU12 membabitkan seluruh negara??


Ketika tiada pihak mengambil endah atau memperkecil-kecilkan peranan media baru termasuk blog persendirian atau news portal seperti Malaysiakini, MalaysiaToday, AgendaDaily ini, analisis keputusan Pilihanraya ke 12 tahun lepas membuktikan peranan penting yang mainkannya telah membawa perubahan landskap politik negara dengan menyaksikan lima negeri kini diperintah oleh PAS, PKR dan DAP.


Mengambil pendekatan yang sistematik memberi perhatian penuh kepada media baru ini secara berterusan, Lajnah penerangan PAS Perak akan mengadakan "Program Santai Bersama Bloggers" pada 15 Ogos 2009 di Kem Hanifa (Kebun Pak Kholil), Jenahang, Gopeng.


Melalui kenyataan media itu, penganjur menjemput semua bloggers PAS untuk menghadirkan diri dalam program tersebut yang akan turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak dan AJK Harian PAS Perak.


Tujuan program tersebut untuk memperkasakan minda dengan berita-berita benar melalui blog dan laman web, samada oleh pengendali blog atau penitip komen, sumbangan mereka diberi perhatian dan penghargaan jelas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya.


Untuk maklumat berhubung program tersebut, sila hubungi dengan Blogger Al Banjari Email : albanjari_online@yahoo.com Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya dan No. Tel - 012 402 6129.

Monday, August 10, 2009

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, PAS Pulau Pinang senarai nama calon


KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Selain dua isu dalam sidang media tengahari tadi, Mustafa Ali juga menjelaskan PAS Pulau Pinang akan menghantar nama tiga calon yang telah disenarai pendek untuk dinilai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 9 Ogos nanti.

Kata Setiausaha Agung PAS Pusat itu, kaedah pemilihan adalah sama seperti sebelum ini. PAS Kawasan akan menghantar 3 nama ke Perhubungan Negeri sebelum dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat bagi memilih calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.


Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Permatang Pasir akan menjadi pilihan raya kecil paling panas jika diambil kira kedudukannya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.


"Cuma, sama ada kemungkinan pilihan raya kecil ini diadakan sebelum bulan puasa atau semasa puasa atau selepas raya, kita masih tidak tahu sehingga SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi," katanya sambil menyatakan jentera PAS Pulau Pinang sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Pengumuman Pilihanraya kecil Permatang Pasir, awal Ramadhan


KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan berlangsung pada awal bulan Ramadhan dengan penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos ini. Jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 25 Ogos, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Dengan pengumuman itu, separuh daripada tempoh berkempen - selama lapan hari - jatuh pada bulan puasa.


Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.


Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PAS selama tiga penggal berturut-turut yang diwakili satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman.


Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.


Pilihanraya Permatang Pasir merupakan pilihanraya kecil yang ke lapan selepas piliharaya kecil Manek Urai awal Julai lalu, dimenangi PAS dengan majoriti 65 undi.

Wacana ilmiah Pemuda PAS-Umno, Pemuda PAS tunggu jawapan balas Khairy

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Dewan Pemuda PAS akan menganggap Pemuda Umno "tak berani untuk berwacana" jika tidak menjawab surat berkaitan penubuhan jawatankuasa teknikal bagi menjayakan wacana ilmiah membabitkan ketua kedua-dua pergerakan itu menjelang bermulanya bulan Ramadan.

Malah sayap PAS itu akan beranggapan bahawa "perjuangan Umno bertentangan dengan Islam" jika tiada maklum balas daripada Pemuda Umno.


"Kalau dalam seminggu dua ini tiada jawapan, kami akan anggap Pemuda Umno tidak berani, tidak berminat untuk berwacana," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi mStar Online.


Kamaruzaman yang dilantik menganggotai jawatankuasa teknikal bagi pihak Pemuda PAS mengesahkan yang pihaknya telah membincangkan soal berkenaan pada mesyuarat bulanan yang diadakan kelmarin.


Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya masih mengharapkan agar akan memperoleh jawapan balas daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk melantik wakilnya menduduki jawatankausa teknikal.


"Kami masih menunggu dan kami berharap pihak Khairy akan menjawab," katanya.


Sebagai Setiauasaha Pemuda PAS dan anggota jawatankuasa teknikal, Kamaruzaman telah menulis surat kepada Khairy dua minggu lalu mengenai pembentukan jawatankuasa itu dan meminta Pemuda Umno juga menamakan wakil pihak mereka.


Bagaimanapun Khairy mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Al-tantawi sebelum meneruskan wacana ilmiah yang dicadangakan itu.


Menurut Khairy, beliau mahu berjumpa dengan Nasrudin untuk bertanyakan tujuan sebenar wacana tersebut diadakan dan mendengar sendiri daripada dari isi hati Ketua Pemuda PAS itu.


"Tak perlu ada Setiausaha dia atau Setiausaha saya, hanya saya dengan dia. Tapi pertemuan, Khairy jumpa dengan Nasrudin bukan muzakarah saya cuma ingin tahu apa yang dia (Nasrudin) hendak," kata beliau.


Khairy juga telah menulis sepucuk surat kepada Nasrudin pada Jun lalu untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda PAS itu.


Bagaimanapun, tegas Khairy, Nasrudin tidak menjawab surat tersebut sebaliknya beliau telah mengarahkan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad menulis kepadanya.


Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.

Nasrudin telah mencadangkan tajuk "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam".

Surat palsu fitnah pemuda PAS dan GMI tersebar di Masjid India


KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Surat palsu bertujuan untuk memfitnah Pemuda PAS dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah tersebar di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman. Surat palsu yang ditujukan kepada peniaga-peniaga di kawasan itu, menggunakan kepala surat Dewan Pemuda PAS Pusat yang palsu.

Isi kandungan surat tersebut antara lain menyatakan kesediaan pihak PAS dan GMI bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami peniaga serta bersedia membuat bayaran ganti rugi.


Surat tersebut juga mempunyai tandatangan palsu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan dan cop palsu Dewan Pemuda PAS. Walaubagaimanapun surat tersebut tersilap meletakkan jawatan Ustaz Nasrudin.


Turut dilampirkan bersama surat itu ialah borang tuntutan taksiran kerugian.




Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerima surat tersebut daripada seorang peniaga yang menuntut ganti rugi.


Menurut Kamaruzaman, surat tersebut telah diedarkan oleh mereka yang tidak dikenali.


Kamaruzaman yang juga timbalan pengerusi bagi Himpunan Mansuhkan ISA telah dihubungi oleh ramai peniaga lain disekitar Masjid India dan Jalan TAR bagi menuntut ganti rugi.


"Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana untuk memohon ganti rugi" kata Kamaruzaman.


"Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang menelefon menyatakan kemarahan mereka kepada pihak polis kerana menyembur "water canon" dan menembak gas pemedih mata secara membabi buta" ujar beliau.


Selain itu Kamaruzaman berkata ada peniaga yang tidak puas hati dan bengang dengan tindakan polis mengarahkan premis perniagaan mereka ditutup.


Kamaruzaman memberitahu kepada peniaga supaya menuntut semua ganti rugi tersebut daripada pihak polis, kerana mereka yang menyebabkan kerugian tersebut.


"Sekiranya pihak polis tidak melepaskan gas pemedih mata dan water canon, mengarahkan kedai ditutup serta melakukan keganasan kepada peserta himpunan aman, peniaga tidak akan terjejas. Malah peniaga mungkin akan mendapat keuntungan yang lebih besar kerana kehadiran demonstran dari seluruh pelosok negara" tegas beliau.

Pemerintahan Umno Punca Masalah Arak – Pemuda PAS Selangor

YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor. Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno-BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan SUK petang semalam.


Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama Ronnie Liu itu diketuai Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib dengan menyerahkan memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.


DPPNS menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo di Masjid Negeri Selangor hari ini.


Memetik kenyataan tersebut, DPPNS berkata, mereka tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPNS menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.


DPPNS melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini.

"Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu," petik kenyataan tersebut.


Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.


Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.


Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.

Monday, August 03, 2009

Ceramah pelancaran kempen Himpunan Mansuhkan ISA tetap diteruskan


KUALA LUMPUR, 23 Nov - Pemuda PAS bertegas tetap akan mengadakan program ceramah pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA di Padang Dataran MPAJ pada malam, hari ini (23 November 2008). Anjuran bersama dengan GMI itu akan dihadiri oleh YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bersama-sama dengan Ketua Umum PKR YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang.
"Majlis Perbandaran Ampang jaya telah meluluskan penggunaan padang dataran tersebut, dan kami telah memaklumkan kepada pihak polis berkenaan program tersebut. Oleh itu kita telah memenuhi prosedur dan peraturan", kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.

Beliau menjelaskan lagi pihak polis sepatutnya akan mengawal keselamatan bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan itu adalah harapan kami sebagai rakyat. Jika ada halangan, itu hanya mungkin provokasi daripada pihak UMNO yang hanya mahu akta zalim ini dikekalkan.

Unit Amal Malaysia juga telah diberikan tugas bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan orang ramai.

Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang untuk sama-sama hadir bagi menjayakan Kempen Himpunan Mansuhkan ISA ini. berikut ialah makluman program :

Tarikh :23 November 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Padang Dataran MPAJ Pandah Indah


Penceramah :

YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
Tuan Hj Mohamad Sabu
YB Salahuddin Ayub


http://himpunanmansuhisa.wordpress.com

Himpunan Mansuhkan ISA

Perhimpunan haram: Nasib 12 lelaki, lima wanita diketahui hari ini


KUALA LUMPUR - Seramai 17 daripada 589 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin direman.

Antara mereka yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa.

Mereka yang direman membabitkan 12 lelaki dan lima wanita.

Nasib mereka sama ada akan didakwa atau sebaliknya akan diketahui hari ini.

Terdahulu, suasana di balai polis itu agak kecoh apabila ibu kepada seorang yang ditahan merayu di pekarangan balai itu untuk bertemu dengan anak lelaki dan menantunya yang ditahan dalam perhimpunan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, mereka dibebaskan selepas keterangan selesai diambil.

Menurut beliau, kesemua yang masih ditahan disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Syahredzam Johan, antara peguam dari Majlis Peguam yang bertindak mewakili mereka yang ditahan ketika ketika ditemui di balai itu berkata, proses menanti pembebasan atau dikenakan tahanan reman mengambil masa kerana ia melibatkan proses dokumentasi yang rumit selain melibatkan jumlah orang yang ditahan ramai.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

Sunday, August 02, 2009


KUALA LUMPUR, 31 Julai - "Jawatankuasa Induk Himpunan memutus akan terus mengadakan Himpunan Mansuh esok seperti mana yang dirancang, mengikut lakasi-lokasi yang telah ditetapkan Sekretariat sebelum ini".

Salahuddin Ayub yang juga Komander yang akan mengepalai Himpunan Mansuh ISA esok menegaskan demikian dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur tengahari tadi.


Salahuddin dalam kenyataannya itu, menolak sebarang provokasi dari pihak-pihak yang tidak bertangung jawab dan menekankan bahawa perhimpunan esok adalah perhimpunan aman rakyat.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzzaman Mohammad menolak dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan akan ada ketegangan akan berlaku semasa perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) isu esok.


KUALA LUMPUR, 31 Julai - Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:


1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jamek Kuala Lumpur:

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:

Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA


3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah


4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,


Kamaruzaman Mohamad,
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, April 13, 2009


Tahniah kepada Kemenangan P059 keatas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan kepada semua jentera yang bertugas bg menjayakan kemenangan parti islam semalaysia(PAS) dan tahniah kepada UMNO kerana Berundur!

Sunday, April 05, 2009

INI X SELESAI LAGI NAJIB!!!

kes pembunuhan ini tidak selesai lagi....bagaimana orang luar hendak percaya dengan MALAYSIA..??? lagi2 pembunuhnya ORANG VVIP MALAYSIA... sape makan cili dia terasa pedasnye.... kata MALAYSIA ni aman???

13 tahanan ISA keluar Kamunting

Baiknya NAJIB! 13 tahanan ISA keluar Kamunting sejak 2006 hingga kini... TETAPI INGAT, ISA tidak dimansuhkan juga kerana dipegang oleh NAJIB....

PM KE 6 !!!


Mampukah Najib mengembalikan MALAYSIA kembali ATAU MELENYAPKAN MALAYSIA seperti ATANTUYA?

Thursday, April 02, 2009

PILIHAN RAYA KECIL P059


Mengenali Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957
di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan
awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah
Anglo Chinese, Kampar.
Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran
Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich
City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University
Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau
bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian
bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek
Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri
(1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan
kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli
belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
sehingga kini.
Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan
beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug
Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan
Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa
PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn
Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan
Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar
Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah
Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua
pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-
Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat
hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau
bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air
Perak (GPAP).
Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan
Tamil.

Saturday, January 17, 2009

2 Tabiat Perempuan Yang Bawa Ke Neraka

Assalamu’alaikum wr wb ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :1. Banyak beristighfar2. Banyak bersedekah.
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’. Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”

WANITA DALAM NERAKA

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?
”Rasulullah menjawab:
“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunumbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka”.
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.
Rasulullah menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya. Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat ole lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

Sunday, January 11, 2009


ya Allah!!!!!!!
Dengarlah rintihan kami ini!!!
Hancurkanlah tentera israel yang kejam ini...
Ampunkanlah dosa kami....