BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 03, 2009

Perhimpunan haram: Nasib 12 lelaki, lima wanita diketahui hari ini


KUALA LUMPUR - Seramai 17 daripada 589 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin direman.

Antara mereka yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa.

Mereka yang direman membabitkan 12 lelaki dan lima wanita.

Nasib mereka sama ada akan didakwa atau sebaliknya akan diketahui hari ini.

Terdahulu, suasana di balai polis itu agak kecoh apabila ibu kepada seorang yang ditahan merayu di pekarangan balai itu untuk bertemu dengan anak lelaki dan menantunya yang ditahan dalam perhimpunan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, mereka dibebaskan selepas keterangan selesai diambil.

Menurut beliau, kesemua yang masih ditahan disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Syahredzam Johan, antara peguam dari Majlis Peguam yang bertindak mewakili mereka yang ditahan ketika ketika ditemui di balai itu berkata, proses menanti pembebasan atau dikenakan tahanan reman mengambil masa kerana ia melibatkan proses dokumentasi yang rumit selain melibatkan jumlah orang yang ditahan ramai.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

0 ulasan: