BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 10, 2009

Pengumuman Pilihanraya kecil Permatang Pasir, awal Ramadhan


KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan berlangsung pada awal bulan Ramadhan dengan penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos ini. Jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 25 Ogos, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Dengan pengumuman itu, separuh daripada tempoh berkempen - selama lapan hari - jatuh pada bulan puasa.


Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.


Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PAS selama tiga penggal berturut-turut yang diwakili satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman.


Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.


Pilihanraya Permatang Pasir merupakan pilihanraya kecil yang ke lapan selepas piliharaya kecil Manek Urai awal Julai lalu, dimenangi PAS dengan majoriti 65 undi.

0 ulasan: