BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

PAS yakin pertahan kerusi DUN Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos - PAS yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri itu pada 25 Ogos nanti.

Calonnya, Mohd Salleh Man berkata keyakinan PAS itu bersandarkan kepada kekuatan PAS di kawasan berkenaan, yang merupakan kubu tunggal parti itu di Pulau Pinang.


Salleh Man yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berharap kejayaan mempertahankan kawasan itu selama tiga penggal berturut-turut oleh penyandang kerusi DUN Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman akan diulangi kali ini.


"Kawasan ini merupakan kubu kuat PAS dan dengan sokongan jentera pakatan pembangkang, saya percaya kami mampu mempertahankan kerusi itu," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini, semalam.


Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, Mohd Salleh dipilih kerana latar belakang pengetahuan agama, sifat baiknya dan kelayakan akademiknya.


Menurutnya, parti-parti komponen Pakatan bersatu padu dan akan bersama-sama bekerja keras untuk menjamin kemenangan Mohd Salleh.

0 ulasan: