BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

Saingan satu lawan satu, PAS lawan BN









BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos - Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Permatang Pasir ini menyaksikan saingan satu lawan satu apabila hanya BN dan PAS yang menyerahkan borang penamaan calon.


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan berhadapan dengan Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Permatang Pauh.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima 15 bantahan itu bagaimanapun menolaknya dan mengumumkan pencalonan Rohaizat diterima.


Salleh Man melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, sejurus Rohaizat menyerahkan borangnya kira-kira jam 9.05 pagi tadi sejurus Rohaizat menyerahkan borangnya.


Calon bebas, Kamarul Ramizu yang disebut sebelum ini akan turut serta dalam pilihanraya kali ini bagaimana pun tidak menyerahkan borang pencalonannya pada tempoh serah borang yang ditutup pukul 10 pagi tadi.


Kamarul Ramizu Idris, pakar motivasi yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


Beliau memasuki dewan penamaan calon pukul 9.56 pagi dan terus ke tandas, bukannya ke kaunter serah borang, ia disahkan oleh Kamarul sendiri ketika ditemui wartawan.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.


Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di Jalan Berapit, di sini mula dibuka pada pukul 9 pagi tadi.

0 ulasan: